Kursus Latihan Asas Rakan Klinik 10/2/2018

Kursus Latihan Asas Rakan Klinik anjuran bersama Pusat Kesihatan & Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM
Tempat: Pusat Kesihatan.
Tarikh:10 Feb. 2018
Masa: 8pg-5ptg
Seramai 38 peserta telah berjaya menghadiri Kursus Latihan Asas Rakan Klinik yang telah diadakan di Pusat Kesihatan UTeM pada hari ini. Mereka merupakan pelajar UTeM dari pelbagai fakulti yang telah berminat untuk menjadi rakan klinik dan ingin mengambil peluang mempelajari ilmu-ilmu kesihatan selain telah mempelajari ilmu kejuruteraan didalam kelas.
Kursus ini terdiri dari 2 komponen;
1. Teori.
2. Praktikal.
Pada sesi pagi mereka telah mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh staf Pusat Kesihatan sendiri sebagai pendedahan awal untuk mereka mengenali skop tugas yang akan dibuat.
Pada sebelah petang pula sesi praktikal telah dijalankan dan mereka telah dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil supaya pembelajaran bagi sesi ini berjalan dengan lancar.
Terdapat 6 sesi teori dan praktikal yg di sesuaikan utk dipraktikkan semasa berkerja iaitu;
1. Pengurusan Kaunter Pendaftaran.
2. Pengurusan Wad, Linen dan Dobi.
3. Pengurusan sucihama.
4. Pengurusan sisa klinikal.
5. Pengurusan Kes Kecemasan dan First Aid.
6. Pengurusan Farmasi
Mereka akan berkerja bagi ketetapan masa yang berikut:-
1. Pemanjangan waktu operasi Pusat Kesihatab 5ptg-10mlm
2. Standby sukan dan majlis-majlis universiti/agensi luar.
3. Medical check up pengambilan diploma dan ijazah pada bulan Jun dan September.
Jutaan tahniah dan terima kasih buat semua yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan kursus ini









Comments