Pertandingan Bowling Pusat Kesihatan UTeM







Pada 19 Januari 2017, Jawatankuasa Amalan 5S telah mengajurkan pertandingan bowling antara staf PKU UTeM yang dikendalikan oleh bahagian promosi dan Zon Al- Khwarizmi. Pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara semua kakitangan di PKU dan mewar-warkan lagi perlaksanaan Amalan 5S di sini.

Bertempat di MIBC MITC Ayer Keroh, kami berkumpul tepat pada pukul 6.30petang selepas habis waktu bekerja bagi memulakan pertandingan tersebut. Terdapat 6 kumpulan yang mempunyai 3 peserta dan terdiri daripada 15 staf PKU serta 3 ahli keluarga PKU.

Suasana semasa pertandingan berlansung sangat gamat dengan keletah dan gelagat masing-masing yang berusaha untuk melontarkan bola mengenai sasaran. Tambahan pula dengan kehadiran anak-anak staf meriuhkan lagi suasana ketika itu. Kami sangat merasai kegembiraan dan bercadang untuk menganjurkan pertandingan ini pada masa yang lain.

Kami menamatkan permainan tepat pukul 7.30 petang. Sebelum berpisah ke rumah masing-masing, kami mengadakan sesi bergambar dan bersalam-salaman diantara satu sama lain.

Pada 27 Januari 2017, kami mengadakan jamuan meraikan pemenang pertandingan bowling dan majlis perpisahan seorang staf PKU iaitu Cik Nadzirah Bte Shaafi. Pemenang bagi pertandingan bowling diberi mengikut kategori pemain perempuan dan lelaki terbaik, kumpulan terbaik dan saguhati. Pemain terbaik bowling kategori lelaki telah dimenangi oleh Dr Muhamad Fuzi Bin Saidin dan perempuan pula dimenangi oleh Cik Nadzirah Bte Shaafi.

Majlis ini berlansung dengan meriah sekali dan dijamu dengan pelbagai jenis hidangan makanan dan minuman yang dibawa oleh staf sendiri.

Comments