Pertandingan Badminton Antara Zon-zon 5S 5-6/ 04/2016

Pada 5 dan 6 April 2016, buat pertama kalinya, Pusat Kesihatan UTeM telah menganjurkan majlis pertandingan badminton 5S di antara staf selari dengan aktiviti unit promosi Amalan 5S. Objektif pertandingan ini adalah untuk memupuk semangat kepasukanan, kerjasama, melahirkan idea untuk mengatur strategi corak permainan pasukan masing-masing, menggalakkan penglibatan aktiviti berkaitan Amalan 5S dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama staf PKU.
Pertandingan ini terbahagi kepada 5 kategori. Kategori yang pertama adalah pertandingan Persorangan Lelaki, Persorangan Wanita, Beregu Lelaki yang dimulakan terlebih dahulu pada hari Selasa, 5 April 2016. Manakala itu pertandingan Beregu Wanita dan Beregu Campuran pula telah dijalankan pada keesokan harinya iaitu pada hari Rabu, 6 April 2016. Di dalam pertandingan ini, setiap zon perlu menghantar setiap pemain mengikut semua kategori.
Sepanjang pertandingan badminton berlansung, kelihatan setiap staf begitu semangat waja memikirkan strategi dan corak permainan masing-masing yang menarik untuk mendapat gelaran juara. Setiap pasukan mempunyai semangat yang begitu berkobar-kobar untuk menang dalam pertandingan diiringi dengan sorakan para penyokong dari kumpulan masing-masing. Selain itu mereka juga saling bekerjasama untuk bertukar ganti tempat menjadi juri pertandingan.
Saat yang dinantikan telah tiba iaitu pada 19 April 2016, bertempat di Bilik Mesyuarat PKU UTeM, pada pukul 12.30 pagi, satu majlis anugerah telah berjalan dengan lancar, meriah dan menarik. Persiapan majlis sangat teratur telah dilaksanakan oleh semua staf di Zon 3 (Al-Farabi). Pengerusi majlis yang dipilih adalah Cik Nadzirah Shaafi. Beliau mengendalikan kelancaran majlis dengan penuh semangat dan teratur. Majlis itu dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Penyelaras Program En.Krishnan, Ucapan Ketua PKU Dr Noor Raffidah, jamuan tengahari diiringi oleh montaj yang disediakan dan dipersembahkan oleh ahli Zon 3 iaitu Cik Nadzirah Shaafi.
Sesi penyampaian hadiah telah dijalankan kepada para pemenang. Hasil keputusan pertandingan Badminton 5S telah dibuat berdasarkan pemarkahan secara keseluruhan. Juara bagi kategori Persorangan Lelaki dimenangi oleh Dr. Fuzi, Juara kategori  Persorangan Wanita dimenangi oleh Dr. Azah, Juara kategori Beregu Lelaki dimenangi oleh Feroz dan Dr. Fuzi, Juara kategori Beregu Wanita dimenangi oleh Cik Nadzirah dan Cik Nur Syarmimi, Juara bagi kategori Beregu Campuran dimenangi oleh Dr. Fuzi dan Dr. Suriya. Manakala Juara secara berpasukan telah dimenangi oleh Zon Al-Farabi, tempat kedua Zon Al-Khawarizmi, dan tempat ketiga Zon Al-Razi.
Diakhir majlis tersebut kami telah mengadakan sesi bergambar. Majlis berakhir dengan meriah sekali pada pukul 1.45 tengahari.















Comments