Taklimat Pelaksanaan Amalan 5S PKU UTeM ke-1 4/12/2015


                   Taklimat pelaksanaan Amalan 5S telah diadakan buat kali pertama pada 4 Disember 2015, pada pukul 10.00pagi di bilik mesyuarat PKU UTeM.

                Pada sesi permulaan taklimat, Pengerusi Jawatankuasa Induk iaitu Dr Noor Raffidah Bte Haron telah memberi sepatah dua kata sebagai ucapan penghargaan kepada usaha yang telah dimulakan. Seterusnya penceramah pertama iaitu MA Waliyuddin memulakan taklimat pengenalan pelakasanaan Amalan 5S secara persembahan ‘power point’. Di dalam taklimat ini, beliau telah membentangkan konsep 5S yang menjadi prinsip utama dalam pelaksanaan Amalan 5S iaitu Sisih, Sapu, Susun, Seragam dan Sentiasa Amal. Seterusnya secara terperinci, beliau menerangkan langkah-langkah pelaksanaan Amalan 5S iaitu mewujudkan jawatankuasa induk dan zon, membuat dokumentasi setiap pelaksanaan seperti mewujudkan manual Amalan 5S dan fail-fail yang berkaitan dengan mesyuarat 5S, mewujudkan sudut Amalan 5S dan akhir sekali beberapa contoh amalan baik 5S ditunjukkan sebagai satu panduan secara realiti dan praktikal.

                Pada sesi seterusnya, penceramah kedua iaitu Dr Suriya Abu Kassim dijemput untuk membentangkan penubuhan jawatankuasa induk dan zon. Pengerusi jawatankuasa induk 5S adalah Dr Noor Raffidah bte Haron, dibantu dengan jawatankuasa penyelaras dan jawatankuasa setiap zon-zon. Pusat Kesihatan UTeM telah dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon 1- Al-Razi, Zon 2- Al-Khwarizmi, dan Zon 3- Al-Farabi. Di dalam jawatankuasa induk terdapat tiga jawatankuasa unit yang utama iaitu jawatankuasa latihan, promosi dan audit. Ketiga-tiga jawatankuasa unit ini sangat penting dalam menggerakkan pelaksanaan 5S secara berperingkat, teratur, sistematik dan berterusan. Setiap tanggungjawab ahli jawatankuasa dari peringkat induk, unit, pelaksana dan zon yang dilantik perlu melaksanakan tanggungjawab yang telah ditetapkan secara komited dan berterusan.

                Di akhir taklimat, sesi soalan jawab berkenaan 5S dibincangkan secara interaksi dua-hala. Perbincangan dan taklimat berakhir dengan lancar. Majlis taklimat itu diakhiri dengan bacaan doa.




Comments