Taklimat pelaksaan Amalan 5S PKU UTeM ke-3 29/1/2016

Taklimat kesedaran pelaksanaan Amalan 5S telah diadakan buat kali kedua pada 29 Januari 2016, pada pukul 10.00pagi di bilik mesyuarat PKU UTeM. Tajuk taklimat adalah Panduan Pelaksanaan Amalan 5S.
                Pengerusi Jawatankuasa Induk iaitu Dr Noor Raffidah Bte Haron telah memulakan sesi taklimat Kesedaran Pelaksaan Amalan 5S ke-2 dengan memberi kata-kata semangat agar semua staf memberikan komitmen tinggi dalam merealisasikan Amalan 5S di peringkat PKU. Taklimat dimulakan dan disampaikan oleh Setiausaha Amalan 5S iaitu En Waliyyudin. Beliau memulakan taklimat dengan mengimbas kembali tajuk taklimat yang lepas seperti Pengenalan Amalan 5S, Faedah Amalan 5S, Bagaimana Melaksanakan Amalan 5S, Konsep Kitaran 5S dan diakhiri  dengan Garispanduan Amalan Baik yang perlu dilaksana dan dipatuhi mengikut setiap lokasi yang telah tetapkan.
                Di akhir sesi taklimat, beberapa gambar contoh-contoh amalan baik 5S ditunjukkan sebagai gambaran perubahan baik suasana sebelum dan selepas Amalan 5S dilaksanakan. Taklimat berakhir dengan baik.










Comments