Taklimat pelaksaan Amalan 5S PKU UTeM ke-2 14/01/2016

Taklimat disampaikan oleh Dr Wan Hasrulnizzam Bin Wan, seorang Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTeM. Beliau terlibat secara lansung dalam melaksanakan Amalan 5S di fakultinya dan juga seorang fasilitator pelaksanaan LEAN di agensi swasta luar seperti Infineon dan lain-lain.
                Pembentangan taklimat pertama dimulakan adalah berkenaan topik LEAN. Dr Wan Hasrulnizzam menerangkan bahawa pemikiran LEAN telah dimulakan oleh sebuah syarikat kereta di Jepun iaitu Syarikat Toyota Cooperation pada tahun 1930 dengan melaksanakan Toyota Production System. Toyota mula dikenali pada tahun 1980 dan menjadi pengeluar kereta terbesar pada tahun 2012 melalui amalan pengeluaran LEAN dan Falsafah Pengurusan Toyota 4P. Penggunaan perkataan LEAN telah diperkenalkan oleh Profesor Womack & Dan Jones pada tahun 1980 semasa mengkaji sistem pengeluaran Toyota. LEAN bermaksud dalam konteks kualiti dan kos adalah EPISYEN. Matlamat LEAN adalah menghapuskan pembaziran. Oleh itu LEAN menekankan penggunaan sumber secara optimum termasuk masa, sumber manusia, tenaga dan kewangan dan dalam masa yang sama memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
Pada sesi kedua pula, penceramah telah menerangkan berkenaan Amalan 5S. Amalan 5S adalah satu teknik pengurusan berkualiti yang berasal dari Jepun dengan menggunakan 5 prinsip kitaran S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. Penceramah telah menyentuh secara menyeluruh kitaran 5S, faedah pelaksanaannya dan contoh-contoh amalan baik yang telah dilaksanakan di fakultinya.

Sesi ceramah diakhiri dengan sesi soal jawab. Setiap kemusykilan dijawab dengan baik oleh penceramah. 



Comments